Food Truck Anggerik Mall


2 hari yang lepas aku berkunjung kembali ke perkarangan tempat meletak kereta Anggerik Mall, Shah Alam.

Kenapa?

Kerana godaan makanan dari food truck disitu. Sila Rujuk post terdahulu.
Variasi makanan daripada beberapa  "truck" disitu memudahkan kami sekeluarga untuk menikmati makan masing-masing.

Anak dengan pizza dan burger, isteri dengan pasta dan laksa dan aku pulak dengan semua yang ada kalo boleh semua nak cuba. *Poyos

Kali pertama aku sampai disini hanya terdapat 3 " Food Truck" sahaja yang beroperasi (seperti mana post aku terdahulu).
  1. CP COOKS - Pasta ( makanan Italy dan Mexico kot )
  2. MS FOOD TRUCK  - Nasi beriyani , Laksa Johor dan beberapa masakan Johor.
  3. BIG BEAR FOOD TRUCK  - Burger dan Sandwich.
Dan kini terdapat 8 " Food Truck" yang beroperasi disana. Dengan tambahan 2 truck minuman dan 3 truck makanan.

  1. 21cofoodtruck
  2. Sky Coffee
  3. AirFoodOne Food Truck -nasi lemak 
  4. Piece-za
  5. Laksa utara dan bihun sup utara.
Namun pada kali ini aku sedikit kecewa kerana terdapat sebuah trak makan yang turut beroperasi dikawasan ini.

Trak ini berniaga masakan panas yang mana konsep dia lebih kepada ala "hawker".

Sudah pasti sedikit sebanyak mencemarkan imej "food truck" dikawasan itu.
Hilang "exclusivity" Food Truck Anggerik Mall. Bagi aku cara penyediaan makanan yang dibawa oleh "geng-geng" food truck ini lebih menjamin kebersihan dapur dan kawasan berniaga berbanding cara hawker yang akan meninggalkan bekas ataupun kesan minyak masakan ditempat memasak kerana mereka (ala hawker) memasak diluar "open space" dengna meletakkan dapur untuk memasak diluar truck berbanding "food truck" yang menyediakan  makanan didalam truck.

Apa pun sedikit perkongsian mengenai truck makanan disini selain post terdahulu sila rujuk (klik disini).






  • Sky Coffee - klik untuk "follow" instagram mereka. 
Feveret isteri - Ice Mocha & feveret anak - Ice Chocolate.


Fuh...! Macam makanan dalam "aeroplane" patutlah nama pun Air Food One, ala-ala Air Force One. Tengok logo mereka ni.

  • Piece-za - klik untuk "follow" instagram mereka.
Pizza kegemaran anak perempuan.

  • Laksa utara dan bihun sup utara - belum ada instagram.



Post a Comment

0 Comments