Kingdom: Animalia
Phylum: Arthropoda
Class: Insecta
Order: Coleoptera
Family: Scarabaeidae
Subfamily: Dynastinae
Genus: Chalcosoma
Hari ini aku ditugaskan untuk menghadiri site briefing bagi tender TV Transmitter di Bukit Tampin, Negeri Sembilan.
Terjumpa pulak dengan makhluk ini ketika aku bersiap untuk pulang ke Shah Alam...
Watak dan serangga seperti didalam komik Jengking Merah.
Sedikit info mengenai kumbang tanduk ini :
- Salah satu daripada haiwan yang paling kuat dibumi dalam kategori saiz (kategori kumbang) dimana ianya mampu untuk membawa beban seberat 4 kilogram dan ini adalah bersamaan dengan manusia membawa 2 ekor gajah.
- Juga dikenali dengan gelaran "PEJUANG SAMPAI MATI" apabila berlawan dengan kumbang lain.
- Tanduk kumbang ini membentuk 1/3 daripada keseluruhan badannya.
- Dianggarkan saiz kumbang spesis ini adalah sekitar 12-13 sentimeter.
Kelihatan sebelah tanduk kumbang ini telah pun patah dan puncanya tidak diketahui. Mungkin disebabkan pergaduhan.
![]() |
| Saiz untuk dibuat rujukan. |
Untuk maklumat lanjut klik disini.(sumber)
Gambar gambar lain di Bukit Tampin.





0 Comments