Piala Malaysia 2016


FMLLP mengorak langkah dalam usaha menjadikan Liga Malaysia antara terbaik di rantau Asia.

Ia menyaksikan format liga M musim ini bakal diubah dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana akan berlangsung dari Februari hingga Oktober.

Difahamkan, saingan Piala FA dan Piala Malaysia akan dimainkan ketika saingan liga masih berlangsung.

Ia mungkin sesuatu yang baru bagi bola sepak Malaysia, namun format baru itu mirip Liga Perdana Inggeris di England dan Bundesliga di Jerman.

"Format ada perubahan, akan ada perubahan dalam kalendar kita, jadi setiap pasukan diharapkan faham akan ada satu musim penuh untuk semua 24 pasukan," jelasnya.

Seiring dengan hasrat penswastaan liga, aspek perubatan juga diberi penekanan oleh FMLLP ketika taklimat pasukan Liga Super dan Liga Perdana 2016.

"Kita sekarang membuat penetapan bahawa setiap pasukan perlu adanya doktor pasukan dan kita juga akan jalankan ujian doping sepanjang musim," katanya.

Pasukan yang layak beraksi didalam kampen Piala Malaysia 2016 :
  • 11 pasukan teratas Liga Super Malaysia (11/12)
  • 5 pasukan teratas Liga Premier Malaysia (5/12)

Pasukan yang layak beraksi dalam kampen TM Piala Malaysia 2016.
Proses undian/cabutan kumpulan untuk saingan TM Piala Malaysia 2016

Kempen TM Piala Malaysia 2016 yang akan dimulakan selepas Aidilfitri 2016 iaitu pada bulan Julai.


Post a Comment

0 Comments