Pameran ini menampilkan pembaharuan kepada subjek yang agak lama. Wang kertas telah wujud berabad-abad lamanya dengan reka corak yang unggul serta penambahan ciri-ciri keselamatan.
Karya Kertas: Seni Matawang ini mempamerkan kesenian sesuatu yang bersaiz kecil tetapi begitu mengagumkan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank untuk menghasilkannya.
Ia merupakan peluang untuk memasuki dunia yang kurang terserlah dan lazimnya terlindung dalam dompet.
Walaupun wang kertas tidak diperhatikan dengan teliti, ianya mempunyai banyak persamaan dengan karya seni lain yang di atas kertas.
Kedua-dua kategori ‘karya kertas’ ini penuh dengan pemikiran dan kreativiti. Kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan yang berkualiti serta dilengkapi dengan tandatangan yang kadangkalanya bertarikh.
Walaupun saiz wang kertas tidak seperti kanvas biasa, namun terdapat banyak karya seni yang dihasilkan dalam dimensi kecil sepertinya.

Bank Negara Malaysia tidak pernah ketinggalan dalam mengeluarkan wang kertas yang unggul.
Siri terbaharu ini berwarna-warni dan berinovatif seperti wang kertas yang lain dalam edaran. Malaysia memberi keutamaan kepada keselamatan wang kertas.
Kepentingan ciri-ciri keselamatan ini menambah dimensi baharu kepada pereka, pencetak dan bank-bank yang bekerjasama untuk menghasilkan wang kertas yang paling asas.
Pameran ini membawa anda ke dunia wang kertas yang lazimnya tersembunyi.

Kesenian tersebut kini dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang bermula 4 Ogos 2016 hingga 30 November 2016. Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah PERCUMA.
0 Comments