Royal Floria 2016



Hari kedua selepas Royal Floria 2016 dibuka, malamnya berkesempatan untuk mengunjungi festival kali ini.

Yang menjadi kelainan bagi sesi kali ini dimana setiap pengunjung dikenakan tiket untuk memasukki tapak Royal Floria 2016 ini berbanding sesi yang lepas dimana kemasukkan adalah percuma.

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016


Info ringkas mengenai Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:

  • Tarikh : 27 Mei hingga 4 Jun 2016
  • Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
  • Lokasi : Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Koordinat GPS : 2°54’46.1″N 101°40’44.1″E (2.912806, 101.678917) 
  • Tema : Magical World of Floria (Tahun 2015 - Alunan Pancarona)
  • Bunga Tema : Bunga kekwa atau Chrysanthemum (Tahun 2015 - Bunga Lili)
  • Anjuran : Perbadanan Putrajaya
  • Diuruskan Oleh : Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB)
Harga tiket:
  • Tiket masuk (early bird sehingga 25 May 2016 - RM6.00 untuk Dewasa Mykad dan RM2.50 untuk kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled) 
  • Dewasa MyKad  RM7.50 dan kanak-kanak MyKid RM3.50 pembelian tiket pada hari kemasukkan.

Magical Garden :
  • RM10.50 Dewasa MyKad
    RM5.50 Kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled


Pembelian tiket pada hari kemasukkan.

Pastikan tiket dibeli dahulu sebelum beratur untuk masuk ke festival ini.

Tiga kaunter tiket:-
  1. Gate B (Kawasan parkir di hadapan Main Entrance)
  2. Gate E (Kawasan parkir berhampiran gerai jualan FAMA)
  3. Gate F (Kaunter tambahan kami yang berdekatan dengan kawasan parkir Masjid Besi)
Sila rujuk kepada peta dibawah:


Kaunter B

Ini pula kaunter tiket(B) berhampiran pintu masuk utama Royal Floria 2016. Beratur panjang dan mengambil masa satu jam untuk membeli tiket pada malam kedua.

Bagi yang datang bersama warga emas dan warga istimewa, anda boleh terus ke kaunter khas untuk membeli tiket.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga warga emas (60 tahun keatas), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan wanita mengandung, anda boleh terus ke PRIORITY LANE yang kami sediakan hanya di kaunter GATE B DAN E SAHAJA.
Bagi yang ingin mengelak daripada beratur panjang bolehlah membeli tiket secara online.


( https://putrajaya.touchpoint.international/royalfloria2016/registration) 

untuk ke link belian secara online ataupun layari http://putrajaya.my/putrajayamobile 



Laluan masuk utama selepas melintas pintu masuk Royal Floria 2016.
Meriah bukan?

Penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 yang masuk edisi kesembilan akan mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan bakal ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar. Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.


 Gambar dari laman Facebook : Perbadanan Putrajaya


Tarikan - Magic Of The Night 2016.


Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum kami melabuhkan tirai 'Keajaiban Malam', jadi jangan lupa bersama kami menyaksikan Pertunjukan Bot Berhias pada jam 9 malam, setiap malam sehingga 4 Jun 2016 dan undi bot pilihan anda di Facebook MOTAC atau di tapak MOTN 2016, dimana booth mengundi terletak berdekatan dengan pentas utama.

Pulau Pinang
Perbadanan Putrajaya
Pahang
Perak
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Terengganu
Selangor
Kelantan
Melaka
Johor
Negeri Sembilan
Sabah
Kedah
Sarawak
Sumber daripada laman Facebook : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan jangan lupa untuk mengundi pilihan anda - yang mana satu yang paling menarik .

Segala kemudahan seperti Surau, Tandas, Kedai Makan (Floria Flavors - Gate F, Food Trucks) juga disediakan untuk anda. 

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook Putrajaya Floria disini (klik)


Seperti biasa Floria tanpa jualan orkid macam tidak lengkap festival ini.
Gerai jualan orkid masih ada dan juga masih meriah....cuma jika anda berkunjung ke festival ini semata-mata untuk membeli orkid, anda terpaksa membayar tiket RM7.50 dahulu barulah anda dapat ke gerai jualan orkid :)

Alangkah baik jika pengunjung diberikan peta tapak festival semasa membeli tiket berbanding terpaksa mencari papan informasi (peta) yang disediakan ditempat-tempat tertentu.

Jadi, pastikan anda mempunyai peta festival (peta tapak festival) didalam handphone anda bagi memudahkan perjalanan didalam tapak festival.

Gambar-gambar sekitar gerai jualan orkid dan festival kali ini.



Antara food truck yang terdapat ditapak festival.





Post a Comment

0 Comments